KEMAHIRAN MEMBACA
Anda pasti sentiasa membaca,betul tidak?kita semua pasti sentiasa membaca terutamanya pelajar-pelajar di IPT untuk tujuan tugasan kerja kursus,rujukan,ulangkaji dan sebagainya.kita haruslah membiasakan diri dengan pelbagai bahan bacaan dan rujukan seperti buku akademik ,jurnal,nota kuliah,artikel dan sebagainya.untuk membaca juga haruslah mempunyai kemahiran yang betul supaya benda yang kita baca dapat menjadi ilmu dan mudah diingat.manfaat yang maksimum akan kita perolehi jika kita mengetahui cara untuk menggunakan teknik membaca yang berkesan.jadi,dalam blog ini,saya akan berkongsi bersama kita tentang kemahiran-kemahiran atau teknik-teknik membaca yang berkesan.
teknik pembacaan yang bagus adalah pembacaan secara cepat.Terdapat banyak juga pembacaan secara cepat iaitu pembacaan secara skimming, scanning dan yang terakhir adalah pembacaan kritis SQ3R.Saya akan menjelaskan dengan ringkas tentang teknik -teknik ini.
TEKNIK MEMBACA SECARA SKIMMING
Skimming merujuk kepada cara bacaan yang dimana ia memberi fokus pada bahgian untuk mendapatkan gambaran umum,contohnya kita melihat artikel untuk memahami keseluruhan tentang sesutu isu atau perkara.Ia juga merupakan cara membaca cepat melalui kutipan maklumat secara pintas untuk mendapatkan idea umum perkara yang kita baca tersebut.Teknik skimming ini boleh menjimatkan masa kerana ia hanya bertumpu kepada pengenalpastian isi utama.
cara pembacaan skimming adalah:
- lihat secara pintas ciri-ciri utama bahan yang ingin dibaca.contoh- tajuk
- menyemak gambar rajah , jadual atau ilustrasi grafik sebagai maklumat tambahan
- kenalpasti kata kunci atau frasa penting sambil mata bergerak membaca zig-zag. contoh frasa penting ialah seperti""pertamanya","khususnya","yang utamanya "dan sebagainya.
- memikirkan maksud dan kerelevenan bahan yang dibaca dengan isu yang dikaji
TEKNIK MEMBACA SECARA SCANNING
Teknik membaca scanning ialah apabila mata kita mengimbas teks untuk mencari suatu maklumat khusus.Sebagai contoh ialah kita mengimbas perkataan dalam entri kamus.Teknik ini membantu kita membaca cepat dan ia bergantung kepada tujuan pembacaan kita.teknik ini menjimatkan masa kita semasa membaca dengan rujukan yang banyak.Pembacaan secara scanning .
cara pembacaan secara scanning ialah :
- menentukan maklumat khusus yang dicari secara cepat dan efisien.
- baca teks yang diperlukan sahaja dan tidak lebih daripada itu.contohnya,mencari maksud perkataan dalam kamus ,reispi,direktori dan sebagainya.
- menggunakan senarai isi kandungan,indeks,glosari, dan kerangka awal untuk membantu kita mencari maklumat khusus yang dikehendaki.
- beri perhatian kepada persembahan teks seperti huruf tebal (bold) , huruf condong (italic) , ayat bergaris atau saiz fon yang lebih besar.
TEKNIK PEMBACAAN KRITIS SQ3R
SQ3R ini merupakan teknik membaca secara aktif dan sistematik untuk membaca bahan akademik.Teknik ini dicipta oleh Robinson pada tahun 1970 berasaskan teori psikologi pembelajaran.Teknik ini memberikan kelebihan kepada pembaca untuk mendapatkan idea utama dengan lebih berkesan ,memahami maklumat dalam teks dengan lebih mantap,meyimpan maklumat dalam tempoh yang lama dan dapat mengeluarkan semula maklumat yang disimpan dalam ingatan.Teknik SQ3R ini amat disyorkan dan diamalkan secara meluas oleh pelajar-pelajar IPT.Ini adalah kerana teknik ini berkesan untuk membantu pembaca mengenal pasti,menguasai serta mengingati fakta dan idea penting dalam teks terutamanya dalam penyediaan kerja kursus dan peperiksaan.SQ3R ini ialah akronim yang mewakili:
S:survey(meninjau)
Q:Question(meyoal)
R:read(membaca)
R:recite(menyatakan semula)
R:review(menyemak)
langkah-langkah pembacaan kritis ini dapat membantu pelajar dengan lebih berkesan. Mungkin anda memerlukan sedikit masa untuk menguasai teknik ini, namun setelah dapat menguasainya, pembacaan dan penyediaan kerja kursus anda akan menjadi lebih efisien.
1. survey(meninjau)
- langkah survey ini berasakan prinsip psikologi Gestalt yang menekankan yang menekankan "keseluruhan adalah lebih besar daripada jumlah unit-unitnya (the whole is bigger than the sum of it's part)". Sebelum anda mula membaca, tinjau bahan bacaan secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal. Anda harus memahami keseluruhan teks sebelum cuba menguasai bahagian-bahagian tertentu. Anda harus memberikan fokus kepada elemen-elemen berikut:
2.Question(Menyoal)
- ini adalah setelah kita mendapati teks tersebut sesuai dengan keperluan tugasan yang perlu diselesaikan, kita perlu menyenaraikan beberapa soalan mengenai teks tersebut. Soalan-soalan tersebut mestilah berdasarkan apa - apa yang diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks. Aktiviti ini kita boleh jalankan dengan menukar tajuk dan subtajuk kepada bentuk soalan.Ini adalah contoh - contoh soalan yang anda boleh, ia boleh membantu kita mengamalkan pembacaan aktif.
4.Recite(menyatakan semula)
- Dalam langlah ini, kita akan cuba menyatakan semula secara nyaring apa-apa sahaja yang difahami dan diingati daripada pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan menjelaskan apa-apa yang telah dibaca kepada orang lain. kita juga boleh berimaginasi seolah-olah sedang menjawab soalan yang ditanya oleh orang lain. Langkah ini boleh dilakukan dalam format bertulis dengan menulis semula apapa-apa yang telah dipelajari menggunkan perkataan kita sendiri.
5.Review(menyemak)
-dalam langkah ini membaca sekali lagi bahagian yang relevan/terpilih sekali lagi dan rujuk nota. Kita boleh memperbaik atau mengubah suai nota dengan memberikan perhatian tambahan kepada bahagian - bahagian yang sukar. Kita perlu merujuk soalan di sebelah kiri teks (tutup jawapan di sebelah kanan) dan cuba jawabnya. Langkah ini amat berkesan untuk ingatan jangka panjang jika melakukannya sehari selepas meyempurnakan langkah - langkah sebelum ini.
Setelah mengikuti lima langkah SQ3R ini, kita akan membiasakan diri untuk membaca teks secara aktif dan kita pasti dapat meningkatkan daya ingatan serta meyampaikan sesuatu hujah dengan lebih berkesan.

- Judul, tajuk dan subtajuk
- jadual, gambar rajah, ilustrasi grafik lain dan penerangan di bawahnya.
- semak soalan atau panduan pembacaan(jika ada)
- penerangan pertama dan terakhir untuk mendapatkan idea kandungan.
- rumusan
2.Question(Menyoal)
- ini adalah setelah kita mendapati teks tersebut sesuai dengan keperluan tugasan yang perlu diselesaikan, kita perlu menyenaraikan beberapa soalan mengenai teks tersebut. Soalan-soalan tersebut mestilah berdasarkan apa - apa yang diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks. Aktiviti ini kita boleh jalankan dengan menukar tajuk dan subtajuk kepada bentuk soalan.Ini adalah contoh - contoh soalan yang anda boleh, ia boleh membantu kita mengamalkan pembacaan aktif.
- Apakah kerelevenan bacaan ini?
- Bagaimanakah perkara ini berkaitan dengan topik, isu atau hujah?
- Bagaimanakah saya boleh menggunakan maklumat ini?
- Bagaimanakah saya boleh kaitkan maklumat ini dengan perkara yang saya sudah tahu?
- Adakah maklumat ini sahih/berat sebelah/kontroversial?
soalan-soalan ini ini boleh menjadi garis panduan kita semasa membaca kelak. Langkah ini hanya mengambil masa antara 3-5 minit sahaja sebagai motovasi untuk kita mencari jawapan kepada soalan - soalan tersebut.
3.Read(Membaca)
- dalam langkah ini, kita membaca secara aktif untuk mendapatkan jawapan kepada soalan- soalan yang kita sudah senaraikan sebelum ini. Semasa membaca, di sini lah kita akan memproses maklumat secara kritis dan analatikal. Ia juga akan menimbulkan soalan tambahan berdasarkan kefahaman dan perekembangan pembacaan.ini juga akan membenarkan kita untuk membuat perkaitan serta memberikan tumpuan kepada intipati kandungan pembelajaran. Anda mungkin juga mempersoalkan pendapat atau fakta yang kita temui. Dalam langakah ini, teknik skimming dan scanning diaplikasikan.
- Berikan perhatian kepada huruf tebal, bergaris, huruf condong dan penerangan di bawah gambar rajah/ilustrasi.
- Catatkan solan tambahan jika ada
- tulis nota pendek, kata kunci dan rumusan pada bahagian margin kanan teks menggunakan perkataan sendiri
- Baca perlahan pada bahagian teks yang lebih rumit dan baca lagi jika perlu.
4.Recite(menyatakan semula)
- Dalam langlah ini, kita akan cuba menyatakan semula secara nyaring apa-apa sahaja yang difahami dan diingati daripada pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan menjelaskan apa-apa yang telah dibaca kepada orang lain. kita juga boleh berimaginasi seolah-olah sedang menjawab soalan yang ditanya oleh orang lain. Langkah ini boleh dilakukan dalam format bertulis dengan menulis semula apapa-apa yang telah dipelajari menggunkan perkataan kita sendiri.
5.Review(menyemak)
-dalam langkah ini membaca sekali lagi bahagian yang relevan/terpilih sekali lagi dan rujuk nota. Kita boleh memperbaik atau mengubah suai nota dengan memberikan perhatian tambahan kepada bahagian - bahagian yang sukar. Kita perlu merujuk soalan di sebelah kiri teks (tutup jawapan di sebelah kanan) dan cuba jawabnya. Langkah ini amat berkesan untuk ingatan jangka panjang jika melakukannya sehari selepas meyempurnakan langkah - langkah sebelum ini.
Setelah mengikuti lima langkah SQ3R ini, kita akan membiasakan diri untuk membaca teks secara aktif dan kita pasti dapat meningkatkan daya ingatan serta meyampaikan sesuatu hujah dengan lebih berkesan.
selain daripada teknik SQ3R ini, terdapat juga teknik lain yang juga berkesan iaitu teknik KWLH.
TEKNIK KWLH
Akronim KWLH bermaksud:
K:Know
W:want
L:learned(what i learned)
H:how
APAKAH KWLH?
- Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar mininjau perkara-perkara yang diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari
- Teknik ini bertujuan menggalakkan kita untuk mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber
K
What i know
- Know(tahu)
- Kita mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan
W
want(hendak/ingin tahu)
- Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.
L
what i learned
- Learn(pelajari)
- murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan kata lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.
H
How much i want to know
- How(bagaimana)
- murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan dimana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.
CARANYA?
- tajuk disediakan oleh guru dan memberi borang KWLH kepada pelajar.
- guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruangan 'k' (apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.
- guru meminta pelajar mengisi ruangan 'w' (apa yang sayabingin tahu) tentang tajuk yang diberi
- guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi - isi penting dalam ruangan 'L' (apa yang telah saya pelajari)
- guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meminta pelajar mengisi ruangan 'H'(bagaimana saya boleh mendapatkan makljmat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
- contoh borang KWLH
itu sahaja antara cara membaca yang berkesan yang sya kongsikan dan saya rasa amat berguna kepada kita semua terutamnya yang sedang belajar dan yang sedang sibuk membuat kerja kursus dan untuk tujuan lain. Bagi pendapat saya, cara yang paling berkesan ialah teknik membaca cepat iaitu scanning kerana ia berfokus kepada maklumat-maklumat penting sahaja. Dengan mendapat dan mengingat maklumat penting ini, ia memudahkan sya untuk mengingatkan maklumat lain di dalam tajuk bessr maklumat penting itu. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang telah saya kongsikan mengikut kesesuaian anda. SEKIAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENCUBA!
Comments
Post a Comment